banner-almashhoor
 
Promosi terkini

INFO KESIHATAN

RESDUNG

Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti resdung. Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.

Apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-Tanda Menghidap Resdung :
i. Hidung selalu tersumbat
ii. Lendir dari hidung dan tekak
iii. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
iv. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
v. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
vi. Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

Punca Resdung

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara tidak dapat dikeluarkan, ia pastinya akan terkumpul. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti mengetahui tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung.Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ini tidak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua Mencegah Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

3.Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda hendak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Kesan-kesan Resdung

1.Hilang deria bau

2.Pelupa/daya mengingat lemah

3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat

Kaedah Mengeluarkan Resdung

1.Pesakit baring di atas katil dengan mendongakkan kepala.

2.Herba resdung dimasukkan dalam picagari sebanyak 1.5 ml.

3.Membuat urutan pada muka,hidung, dahi dan telinga serta bacaan doa kepada pesakit.

4.Herba resdung dimasukkan pada kedua belah lubang hidung dan bertahan sekira 15 saat.

5.Pesakit bangun dan duduk sambil menundukkan kepala dengan menadah lendiran resdung dengan bekas plastik.

HERBA TRADISIONAL

Manfaat herba bagi perubatan tradisional

DALAM rimbunan pepohon hutan hujan tropika Malaysia, tumbuh pelbagai jenis pokok renek atau herba yang memberi manfaat kepada nenek-moyang kita sejakzaman-berzaman sebagai bahan perubatan tradisional.

Bawang

Bawang besar mempunyai daya tarikan serba guna dalam gastronomi. Bertindaksebagai perangsang dan tonik pemulihan, ia juga berupaya merendahkan tekanandarah tinggi. Jusnya boleh diguna untuk merawat luka bernanah, kena api, gigitanhaiwan dan bisul. Bubuh perahan bawang besar atas kepala jika pening kepala.Bagi meredakan Kesakitan sendi disebabkan artritis, sapukan campuran jus bawang besardan minyak biji sawi panas di sendi.Minum sesudu teh campuran jus bawang besardan madu jika anda sakit perut, batuk dan serak suara. Mereka yang ingin memulihkan tenaga batin yang lemah boleh mencuba cara ini. Makan sesudu teh benih bawang yang dikerinkan dan ditumbuk bersama madu tiga kali sehari.

Bawang putih

Bawang putih pula dianggap herba yang mampu mempermuda kulit.Baunya yang hancing mengandungi bahan perubatan yang aktif, allyl methyl trisulphide, yangboleh mengelak darah beku.Minyak bawang putih (berbentuk kapsul) di kedai ubat atau farmasi dipercayai memiliki sifat pembersih, menurunkan darah tinggi dan meningkatkan sistem kekebalan terhadap penyakit.

Limau nipis

Rasa masam limau nipis bukan saja merangsang, malah memudahkan penghadamandan sumber kaya Vitamin C. Untuk menghilangkan kekuningan gigi, gunakan ubat gigi daripada garam dan kulit limau nipis yang ditumbuk halus.Campuran jus limau nipis dan madu juga baik untuk memulihkan suara garau.Bagi menghilangkan tompok hitam dan jerawat, sebelum tidur sapukan di muka jus limau nipis dan kemudian basuh dengan air suam keesokan pagi.Jika kutu menggatal, gosok di kulit kepala campuran jus limau dan pes bawang putih.

Lemon

Lemon terkenal untuk mengubati gangguan sistem penghadaman seperti sedu, pedihhulu hati, loya dan gangguan usus, misalnya sembelit dan cacing.

Kunyit

Dengan merenjis serbuk kunyit dalam masakan, ia dikatakan dapat mengelak ancaman kuman tropika. Selesema dan sakit tekak boleh dikurangi dengan menyedut wap sesudu besar serbuk kunyit yang dicampur air baru masak.

Madu

Madu mampu melegakan batuk dan menyembuh ulser mulut. Sesiapa yang botak boleh cuba menyapukan di kulit kepala campuran jus bawang besar dan madu setiap pagi dan petang.

Daun kari

Daun kari yang digemari dan diperlukan dalam masakan dal, kari dan sambal rasam berkhasiat sebagai ubat. Memakan dua atau tiga kali sehari campuran sesudu tehdaun kari kering yang ditumbuk dengan sesudu teh madu boleh melegakan sembelit. Untuk menghitamkan rambut dan mengelak daripada beruban, sesudu makan minyak kelapa dimasak dengan segenggam daun kari hingga hangus.Setelah sejuk, pakannya sebagai tonik rambut. wanita mengandung boleh menghilangkan loya dengan meminum setiap pagi campuran 15 hingga 20 jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.

Lada hitam atau putih

Kerana sifatnya yang panas dan pedas, lada putih atau hitam boleh menaikkan selera dan penghadaman.Jika sengal tulang, sapukan dua sudu teh serbuk lada yang digoreng dengan minyak bijan sampai hangus. Untuk meningkatkan keupayaan seksual, cuba minum satu cawan susu yang dimasak dengan setengah sudu tehserbuk lada hitam dan enam buah badam yang dihancurkan sebelum tidur. Urut bahagian gusi yang berdarah dengan campuran garam halus dan serbuk lada.Jika sakit gigi, bubuh campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi.

Halia

Selain membersih tekak dan lidah, halia juga boleh melegakan batuk serta menghilangkan loya.Untuk sakit kepala, bubuh di dahi halia kering yang diasah dengan sedikit air pada batu giling.Satu lagi resipi meningkatkan keupayaan seksual ialah dengan meminum campuran setengah sudu teh jus halia, madu dan telurseparuh masak.

Kelapa

Kelapa amat disyorkan untuk ibu mengandung kerana ia membekalkan bahan sepertivitamin, galian dan enzim untuk faktor pertumbuhan. Dianggap sebagai ubat pencegah yang kuat, air kelapa biasanya diminum dan dimandikan selepas seseorang mendapat cacar dengan harapan ia tidak meninggalkan kesan. Untukulser mulut, urut gusi tiga atau empat kali sehari dengan campuran santan kelapadan madu.

Betik

Pokok betik kaya dengan kalium dan karotena serta mengandungi sejenis enzim bertenaga, ‘papain’, yang boleh melawan pelbagai alahan.Betik kurang masak adalah julap dan diuretik.Bijinya mempunyai sifat antibiotik dan antikulat. Untuk sakit otot, letakkan daun betik yang disalai atas api di bahagian yang sakit. Kerap memakan betik boleh menghindari penyakit anemia, sembelit, penyakit mata dan cacing dalam usus.Bagi menambah aliran susu ibu, selalulah memakan betik kurang masak yang dimasak.

REFLEKSOLOGI

Refleksologi diperakui berkesan pulihkan sistem badan selain meredakan kelenguhan .Sejak kebelakangan ini, pusat refleksologi dengan khidmat urutan kaki dan pelbagai terapi urutan bercambah menjadi industri diminati ramai terutama kalangan individu yang bekerja dalam suasana stres.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada pada tapak kaki seseorang.Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

“Apabila seseorang itu berasa penat dan letih, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada sistem tubuh mereka. Justeru, refleksologi adalah jawapannya kerana selain murah, ia juga diakui berkesan,” katanya.Pasti ada yang bingung memikirkan apa kaitannya urutan kaki dengan kesihatan sistem badan manusia. Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan. Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala misalnya seminggu sekali, kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan.

Malah, sesiapa yang mengalami masalah tidur juga disarankan melakukan refleksologi kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat. Mereka juga disarankan supaya meminum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin yang berkumpul keluar melalui peluh dan air kencing.Bagi mengetahui jika ada masalah pada bahagian organ tubuh seseorang, mereka biasanya akan berasa sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki.

Rasa sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun, selepas beberapa sesi urutan dibuat, pesakit biasanya akan meneruskan urutan kerana yakin dengan keberkesanan rawatan.Ada yang mengakui selepas mengamalkan refleksologi, badan lebih sihat malah sistem imunisasi juga lebih baik.

FAKTA: Kelebihan refleksologi :
i. Melancarkan pengaliran darah
ii. Meningkatkan daya tahan individu
iii. Mengurangkan risiko tulang reput
iv. Menyeimbangkan kedudukan badan
v. Melancarkan pergerakan
vi. Menguatkan otot kaki
vii. Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
viii. Menguatkan tulang dan pinggul
ix. Mengurangkan risiko sakit sendi
x. Mengurangkan rasa letih
xi. Mengelak risiko sembelit
xii. Mengurangkan masalah usus
xiii. Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.

BEKAM

Sejarah bekam

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai “Rawatan Tanduk” kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.

Mengapa Harus Berbekam?

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

Waktu Bekam

Waktu berbekam – Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Antara Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam

-Sakit kepala -Mata kabur -Sakit leher
-Migraine -Katarak -Sakit kaki
-Tekanan/stress -Sakit urat -Kembung perut
-Sakit belakang -Sakit angin -Batuk
-Sakit pinggang -Bengkak-bengkak badan -Asma/masalah paru-paru
-Sakit sendi -Lenguh-lenguh badan -Kolestrol tinggi
-Lemah badan -Kebas-kebas -Sakit gigi
-Darah tinggi -Gout -Kejang otot
-Diabetik -Resdung -Gatal-gatal
-Sakit jantung -Jerawat -Sembelit
-Angin ahmar -Sinusitis -dan lain-lain

Pusat Rawatan Tradisional AlMashhoor